Indonesia merupakan Negara Islam terbesar di dunia. Sebagai sebuah negara republik dengan kepadatan penduduk yang tinggi, pemakaian tudung di kalangan muslimah Indonesia tidaklah lagi menjadi suatu kejanggalan. Tudung Indonesia merujuk kepada fesyen yang digayakan oleh para pemakai tudung di Indonesia ataupun dari Indonesia.
Trend tudung Indonesia kini semakin mendapat tempat di kalangan warga Malaysia. Pengaruh fesyen tudung Indonesia ini dikenalpasti tersebar melalui kehadiran begitu ramai warga Indonesia yang bekerja untuk mencari sesuap nasi di Malaysia, terutamanya yang bekerja dalam sektor perkilangan dan pembantu rumah.
Tidaklah menjadi kesalahan bagi trend bertudung ala cewek-cewek Indon in bertapak di Malaysia kerana rakyat Malaysia adalah begitu pemurah dan baik budi. Tambahan lagi, dengan kebiasaan sikap rakyat Malaysia (the Malaysian Dream?) yang pasti mengagungkan apa jua produk dari luar negara, memudahkan kemasukan sama ada barangan, muzik dan kesenian, waima budaya (positif dan negatif) sekalipun ke negara tersebut. Pasaran di Malaysia adalah contoh terbaik dan paling praktikal untuk konsep pasaran terbuka kerana segalanya adalah begitu mudah membolosi pasaran Malaysia, tak kira barangan ataupun pendatang.
Dari segi zahirnya, Tudung Indonesia tidaklah mempunyai perbezaan yang begitu ketara dengan Tudung Malaysia. Tudung jenis ‘sarung and go’ ini mungkin hanya dibezakan dengan jenis material yang digunakan. Dari pemakaian cara konvensional iaitu anak tudung dan (ibu?) tudung,tudung jenis ‘sarung and go’ kini lebih menjadi pilihan pemakai tudung yang mementingkan pengurusan masa. Apa yang lebih dititik beratkan adalah keharmonian gabungan busana dan tudung dari segi warna dan fesyen. Konsep harmoni ini adalah paling utama kerana ia membezakan si pemakai adalah rakyat Malaysia atau Indonesia. Ini kerana, Muslimah dari Indonesia dilihat begitu berani memperagakan tudung dengan padanan warna dan corak kontra berbanding warna dan corak busana yang diperagakan. Keberanian Muslimah Indonesia dengan ‘fashion statement’ mereka itu mungkin menjadi tarikan dan seterusnya menjuruskan perhatian Muslimah Malaysia kepada jenis tudung yang dipakai.
Pada peringkat awal kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia sekitar tahun 90an, iaitu ketika Malaysia sedang memacu kearah menjadi sebuah Negara Perindustrian utama di Asia Tenggara, konsep tudung Indonesia ini mungkin tidak begitu dipedulikan. Tetapi dengan berkembang pesatnya industri perkilangan dan disuntik oleh keghairahan para majikan dan pengusaha agensi pekerja asing membawa masuk pekerja Indonesia untuk membanjiri Malaysia, trend tudung Indonesia kian mendapat tempat di Malaysia.
Masalah kekurangan bekalan tudung Indonesia tidaklah menjadi penghalang kepada para pengusaha tudung di Malaysia. Peningkatan permintaan untuk tudung Indonesia ini dilihat sebagai ‘lubuk emas’ untuk membuat keuntungan. Kini, dengan kepesatan perkembangan perniagaan mereka, sudah menjadi kelaziman untuk para pengusaha tudung berulang alik dari Malaysia ke Indonesia bagi mendapatkan bekalan tudung Indonesia asli. Tambahan, dengan wujudnya AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan harga rendah ke pelbagai destinasi di Indonesia, begitu memudahkan urusan pembekalan tudung Indonesia dibuat.
Ironinya kini, jumlah pengusaha tudung warga Indonesia kini mungkin sudah melebihi jumlah pengusaha tudung Malaysia sendiri.
Salam kejayaan.
Roseanne Erina Abdullah
Tudung Indonesia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan