Cerita Fesyen Tudung

Terdapat pelbagai versi cerita dan berita berkenaan tudung yang boleh anda temui di majalah-majalah, di akhbar-akhbar juga di blog-blog tudung dewasa ini. Artikel-artikel yang dipaparkan berkisar kepada segala maklumat, segala informasi terkini mengenai fesyen tudung, juga perihal bertudung.

Semua informasi yang disebarkan mengenai tudung membantu memberi gambaran lebih jelas mengenai perihal fesyen tudung yang dipakai oleh sekalian muslimah di serata dunia. Ada kisah mengenai perjuangan wanita bertudung dalam menegakkan hak mereka. Namun, sepanjang pemerhatian saya (maaf jika saya tersilap), masih belum ada majalah tudung yang diterbitkan khusus (secara berterusan) untuk memberi fokus kepada gambaran dan pedoman betapa baiknya jika seseorang wanita itu bertudung.

Tidak kurang juga ‘coverage’ diberikan untuk butik-butik tudung yang menjual pelbagai koleksi fesyen busana dan tudung muslimah sebagai cara promosi. Keayuan muslimah di sebalik fesyen tudung gadis Melayu begitu menjadi perhatian masyarakat dewasa ini. Namun, di sebalik semua perihal kebaikan pemakaian tudung dan imej positif yang dipaparkan, terdapat juga kisah-kisah tersebar luas yang amat memalukan bangsa kita bahawa terdapat remaja bertudung melakukan hubungan seks luar nikah ketika tudung masih tersarung di kepala. Ini berikutan pendedahan klip video aksi panas remaja (dipanggil awek) bertudung ini yang bermaharajalela di pasaran gelap video aksi terlarang. Inilah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan oleh remaja-remaja bertudung yang lain apabila terpalit dengan isu memalukan agama dan negara ini. Aksi yang ditonjolkan apatah lagi oleh remaja bertudung itu tidak langsung mencerminkan identiti muslimah bertudung. Selain daripada itu, pemakaian tudung dengan baju yang tidak menutup aurat oleh para muslimah kini telah menyebabkan masyarakat mula mempunyai pandangan serong kepada wanita bertudung.

Dalam tatacara pemakaian tudung, Islam menganjurkan agar ianya dipakai dengan niat menutup aurat daripada dilihat oleh yang bukan mahram. Selaras dengan konsep perlindungan untuk wanita yang dianjurkan oleh Islam, tudung muslim yang digayakan oleh muslimah di serata dunia juga semakin diminati oleh wanita bukan Islam. Seperti yang dinyatakan oleh seorang sahabat dari Eropah,” Fashion of islamic tudung and the modern hijab has started to be taken seriously by the fashion society as a whole, all over the world.”

Selain daripada dilihat pada aspek mematuhi perintah agama, seni penghasilan tudung yang berkualiti menjadi fokus utama pembeli tudung online kini.

Dari segi penjenamaan, di Malaysia, secara amnya, nama tudung melayu mungkin diberikan kerana tudung kebanyakannya di pakai oleh wanita melayu. Selaras dengan perkembangan dunia hiburan pula, kini terdapat pelbagai jenis tudung artis yang muncul sebagai satu cara promosi fesyen tudung. Dari Tudung Waheeda ke Tudung Ekin, membawa kepada tudung Siti Nurhaliza, sehinggakan artis yang tidak bertudung pun dinamakan bersempena dengan satu-satu jenis fesyen tudung. Ini merupakan teknik penjenamaan dan promosi yang begitu berkesan sekali. Kini telah sampai ke tahap dimana agak sukar mencari tudung tak bernama kerana setiap jenis fesyn dari koleksi tudung musilmah pasti telah diberikan nama yang dirasakan bersesuaian. Selain menggunakan katalog sebagai rujukan untuk pelanggan membuat pilihan tudung yang sesuai, satu galeri tudung juga wajar diwujudkan sekiranya seseorang pengusaha itu mempunyai ratusan atau mungkin ribuan jenis tudung untuk dijual secara online.

Selain penggunaan nama-nama artis untuk mempopularkan fesyen tudung, promosi tudung melalui gambar-gambar tudung yang dihasilkan dengan menggunakan teknik professional ditambah dengan pelbagai kesan khas yang menarik turut menyerlahkan koleksi fesyn tudung muslimah moden yang dipromosikan. Fokus khas juga kini ditumpukan kepada model-model anggun yang menggayakan fesyen tudung tersebut. Selain membina imej serta kredibiliti jenama tudung, langkah ini juga dilihat sebagai berpandangan jauh dalam membina asas perniagaan tudung yang berjaya.

Selain daripada itu, pemberian nama tudung berpandukan nama tempat tudung itu terjual juga membantu mempromosikan tudung di Malaysia. Contohnya sebelum ini, tudung Kelantan dan Tudung Terengganu begitu sinonim dengan kedua-dua negeri Pantai Timur tersebut kerana banyak tudung murah boleh diperolehi daripada kedua-dua negeri tersebut. Tidak mustahil satu hari nanti, istilah tudung kl boleh menjadi kenyataan jika terdapat pengusaha tudung yang mampu berfikir untuk memanipulasikan produk untuk dijadikan satu trend ikutan di seluruh Malaysia, atau setidaknya, mempopularkan istilah ini.

Penjenamaan (branding) tudung di Malaysia ini juga mendapat komen dari sahabat saya,” The Malaysian tudung names are unique as each name is given based on the features of the tudung itself.”

Satu aspek pengiklanan yang begitu kurang diterokai oleh para pengusaha tudung ialah melalui iklan TV. Persoalannya, mengapa iklan tudung tidak dipelbagai dan dikomersilkan secara aktif di TV sedangkan potensi pasaran tudung adalah begitu meluas? Adakah mungkin kerana masyarakat itu sendiri tidak mahu imej bertudung dipopularkan kerana bertudung hanya fesyen dan bukan kewajipan? Atau mungkin faktor kos yang tinggi bagi mod pengiklanan ini menyebabkan para pengusaha tudung meletakkan ia sebagai pilihan terakhir?

Oleh yang demikian, usaha mengembangkan pasaran tudung ke serata dunia seharusnya menjadi cita-cita utama kepada semua pengusaha tudung di Malaysia. Usaha-usaha giat juga diperlukan dalam penganjuran kursus menjahit dan membuat tudung fesyen untuk anak-anak tempatan bagi mengembangkan pengaruh fesyen tudung ke peringkat antarabangsa. Tidaklah mustahil untuk kita melihat pereka fesyen tudung tempatan bakal mencapai taraf yang tinggi setanding dengan pereka fesyen terkenal di dunia seperti Donna Karan, Isaac Mizrahi dan sebagainya jika galakan dan pendedahan sewajarnya diberikan kepada anak tempatan ini.

Salam Kejayaan

Roseanne Erina Abdullah

Cerita Fesyen Tudung

1 ulasan:

khair al-nizam berkata...

bagusnya...banyak betul info pasal tudung ada kat sini...semoga berjaya cik roseanne erwan abdullah...=)

nway, vogue nye name...haha