Model Tudung Anggun

Review Pearl Haya

Pada kebiasaannya, dalam melayari mana-mana web penjual tudung online sama ada web yang dibina menggunakan ‘paid hosting’ (saluran berbayar) atau ‘free hosting’(saluran percuma), perhatian saya tertumpu kepada kelainan yang ditonjolkan oleh para penjual tudung tersebut. Untuk kali ini, pengembaraan saya untuk mencari model tudung anggun,sudahpun bermula.

Secara amnya, apa yang dapat saya nyatakan, kebanyakan web ‘dot com’ begitu agresif dalam mempromosikan setiap jenis tudung yang dijual. Mungkin ini adalah objektif paling utama dalam penyediaan web tudung tersebut. Kita disajikan dengan pelbagai jenis tudung iaitu jenis yang biasa kita kenali seperti Tudung Ekin, Tudung Bawal, Tudung Dubai mahupun juga jenis-jenis tudung yang begitu jarang diketahui oleh mereka yang tidak mengikuti perkembangan fesyen tudung semasa seperti Tudung Datuk K, Tudung Lycra, Tudung Hawa Harimau dan pelbagai jenis tudung lagi.

Pada satu tahap, ia mungkin agak mengelirukan bagi seorang pemerhati seperti saya kerana persoalannya, di manakah ciri-ciri yang membezakan satu jenis tudung dengan jenis tudung yang lain?

Tetapi saya begitu maklum yang kepelbagaian penjenamaan tudung yang dibuat bukanlah difokuskan kepada golongan pemerhati tetapi lebih kepada para pembeli tudung yang berpotensi di luar sana. Mungkin, kepada para penjual tudung online ini, sesuatu trend tudung yang diberi nafas baru serta dijenamakan dengan nama baru bakal mampu menarik perhatian pembeli dari serata alam yang menggunakan internet sebagai sumber carian maklumat mengenai tudung.

Satu ciri persamaan yang dapat saya kenalpasti dalam setiap web tudung online adalah cara penggayaan jenis tudung yang dijual, tidak kiralah jenis tudung baru atau tudung lama, tudung popular atau tudung biasa, tudaung cantik ataupun tidak.

Kebanyakan penjual tudung online masih belum menggunakan inovatif dan kreativiti sepenuhnya dalam mempromosikan fesyen tudung atau dalam fokus ini, dalam menarik minat pembeli tudung pada pandang pertama.

Apa yang saya maksudkan di sini?

Cara paparan setiap helaian tudung agak klise, atau mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan ketinggalan. Pemandangan gaya fesyen tudung diserkupkan ke kepala patung tudung botak adalah satu kebiasaan (saya pasti ramai yang setuju dengan pandangan ini). Tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan jimat ruang dengan paparan jenis tudung bersusun berlipat atau bertindih sebagai gaya paparan promosi tudung mereka. Dalam konteks awal ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana web tudung khas kerana saya hanya memberikan gambaran secara am.

Apa masalahnya dengan menggunakan kepala patung tudung botak?

Tidak ada sekecil masalah pun dalam hal ini kerana pada peringkat awal perniagaan, kos adalah kunci utama untuk perniagaan tudung online ini. Setiap kos yang ditanggung oleh para penjual tudung offline seperti sewa kedai, gaji pekerja dan beberapa jenis kos asas lagi memang pasti dapat dielakkan oleh penjual tudung online.

Tetapi, dengan berkembang pesatnya perniagaan, inovasi perlu dipertingkatkan. Idea untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke web tudung perlu difikirkan dan dicuba untuk melihat kesannya.

Bagaimana?

Inilah sebenarnya fokus utama artikel saya kali ini iaitu mencari model tudung anggun.

Review pearlhaya

Saya agak mengikuti fasa-fasa perubahan yang dibuat oleh penjual tudung pearlhaya. Pada kali pertama saya melayari web mereka (saya difahamkan perniagaan itu adalah usahasama tiga rakan), saya begitu merasakan yang saya dipersilakan untuk masuk ke butik tudung maya kepunyaan mereka. Penggunaan skim warna yang lembut, paparan yang sedap mata membaca agak mengkagumkan saya kerana segala ciri asas sebuah laman web menarik terdapat pada web ini.

Bahagian yang menjadi tumpuan saya ialah penggunaan model-model hidup (live models) untuk memperagakan fesyen tudung pearlhaya ini. Tidak dapat saya nafikan bahawa terdapat juga web tudung online yang lain yang juga menggunakan model hidup untuk memperagakan fesyen tudung mereka tetapi kebanyakannya belum memberikan perhatian yang teliti dalam isu ini.

Kenapa penggunaan model hidup lebih praktikal?

Dari satu segi, ia lebih kos efektif daripada menggunakan kepala patung tudung botak. Model hidup yang digunakan tidak semestinya model profesional tetapi lebih tumpuan perlu diberikan kepada model yang fotogenik iaitu wanta yang kelihatan anggun dan ‘naik seri muka’ bila bergambar.

Secara peribadi, ketika saya melayari web tudung pearlhaya baru-baru ini, tika disambut oleh paparan wajah model yang anggun jelita, saya hanya mampu meluahkannya seperti berikut:

‘pandangan terkesima, hati terpana,’

Pada saya (secara peribadi), cara promosi tudung pearl yang dilakukan wajar mendapat pujian dan menjadi contoh kepda penjual tudung online sedia ada dan juga kepada mereka yang merancang untuk menjual tudung online.

Setiap fesyen tudung diperagakan dengan cadangan busana muslimah yang difikirkan bersesuaian dari segi warna dan gaya solekan. Saya juga merasa bangga dengan kreativiti dan inovasi yang ditonjolkan oleh team web serta pemilik perniagaan tudung ini kerana ini membuktikan, dengan berfikiran jauh, berilmu serta meletakkan jiwa dalam menghasilkan sesuatu, hasilnya pasti mengkagumkan. Saya percaya mereka telah menghabiskan banyak masa dan tenaga bagi penghasilan inovasi menarik ini. Kepada pemilik pearlhaya, saya belum mengenali anda sebagaimana anda belum mengenali saya, namun, jika anda membaca artikel ini, tahniah untuk anda!

Selain itu, keayuan dan keaslian rupa gadis melayu bertudung jelas tersurat pada wajah model-model tudung tersebut. Paparan koleksi fesyen tudung muslimah moden dengan riak wajah wanita anggun memang dirasai dan dinyatakan di dalam setiap paparan gambar.

Hanya sekadar makluman, review pearlhaya ini adalah berdasarkan pemerhatian semasa terhadap sesuatu yang menarik minat saya dalam subjek tudung online, yang mana, ia mungkin juga menarik minat pembeli dan pemerhati fesyen tudung di luar sana.

Dalam masa terdekat, mungkin saya akan memberikan review kepada web-web tudung yang lain asalkan web tersebut mempunyai faktor X untuk menarik minat potensi pembeli tudung dari dalam dan luar Malaysia.

Walau bagaimanapun, selain faktor tudung cantik, ramai pembeli di luar sana yang mementingkan faktor harga tudung yang dijual. Memandangkan saya hanya menumpukan kepada inovasi penjual tudung online dan pencarian model tudung anggun untuk kali ini, saya mungkin akan membuat artikel berasingan untuk review harga tudung nanti.

Pencarian saya untuk model tudung anggun akan tetap saya teruskan.

Salam kejayaan.

Roseanne Erina Abdullah

Model Tudung Anggun- Review Pearl Haya

1 ulasan:

❤MuRni DahLiA❤ berkata...

salam, saya berminat nak jadi model bertudung... leh x kalo saya nak mncube?