Tidak saya nafikan, saya agak obses dengan fesyen tudung pearl ketika ini. Namun, obsesi saya tidaklah sehingga meminggirkan gaya fesyen tudung muslimah yang lain. Jenis-jenis tudung yang lain juga tidaklah kurang ‘kasih sayang’ dari kacamata saya. Mungkin tudung pearl mendapat lebih perhatian selepas review pearlhaya yang saya hasilkan mendapat beberapa maklum balas positif melalui email. Insya Allah, jika berkesempatan, saya akan terus membuat review tudung, sama ada menjurus kepada jenis-jenis tudung yang terjual (tudung popular atau tudung kuarng popular) ataupun review penjual tudung online juga penjual tudung offline yang terdapat di luar sana. Untuk kali ini pula, saya ingin cuba melonjakkan satu lagi jenis fesyen tudung yang mungkin agak tidak menyerlah tetapi terdapat unsur glamour pada namanya iaitu Tudung Pearl Diamond.
Persoalannya, adakah wujud jenis tudung pearl diamond ini?
Berdasarkan carian di Google, “tudung pearl diamond” masih belum wujud kerana hasil carian menunjukkan tiada padanan terus untuk nama tudung jenis ini. Daripada hasil carian tudung ,jenis tudung yang ada hanyalah tudung yang juga menggunakan “pearl” dan “diamond” sebagai aksesori tambahan untuk hiasan tudung. Secara amnya, nama tudung pearl diamond ini masih belum dikhususkan kepada mana-mana jenis tudung yang ada di pasaran ketika ini.
Kombinasi pearl dan diamond adalah begitu menarik dari segi namanya. Kedua-duanya iaitu pearl dan diamond boleh saling dihubungkaitkan dengan sifat-sifat kewanitaan. Pearl atau mutiara dengan sifat malunya dalam melindungi kecantikan dan diamond atau berlian dengan sifat elegan dalam menyerlahkan kecantikannya . Kedua-dua ciri nyata ini jelas menggambarkan keperibadian wanita anggun secara semulajadi, iaitu bersifat malu tetapi juga elegan dalam perkara berkaitan kecantikan.
Selan daripada itu, jika perbandingan di buat di antara tudung pearl diamond dengan tudung pearl ninja, maka nama pearl ninja tidak langsung menggambarkan ciri-ciri yang ada pada seorang muslimah kerana istilah ninja tiada bersifat kelembutan. Maka secara komersialnya, jenis tudung pearl ninja mungkin tidak akan mendapat tempat di hati pencinta tudung fesyen muslimah.
Dapatkah tudung pearl diamond bersaing dengan tudung ekin ataupun tudung siti nurhaliza?
Insya ALLAH, tidak ada hasil yang mustahil di dunia ini bila diusahakan. Pernahkan kita terfikir bahawa tudung ekin mampu mendapat tempat teratas di hati peminat tudung? Terjangkaukah dek akal bahawa pearlhaya mungkin menguasai arena fesyen tudung muslimah dalam masa terdekat?
Jawapan bagi kedua-dua persoalan di atas adalah sama, iaitu Tidak.
Oleh yang demikian, memandangkan kita tidakkan dapat memikirkan akan segala kemungkinan yang bakal tiba, sama ada baik atau tidak baik, sama ada berjaya atau kurang berjaya, maka pilihan yang ada hanyalah, mencuba sedaya upaya.
Tanpa percubaan, mungkin tudung bawal bersulam tidak akan wujud.
Tanpa percubaan, mungkin tudung dubai ekslusif tidak akan wujud.
Tanpa percubaan, mungkin ekin hanya akan menyarungkan tudung biasa dan pastinya istilah tudung ekin tidak wujud (maka jadilah ia tudung bukan ekin).
Tanpa percubaan, mungkin siti nurhaliza tidak menggayakan gaya fesyen tudung muslimah yang beliau bawakan sekarang.
Jadi, percubaan, eksperimentasi gaya tudung muslimah moden mesti diteruskan. Bila dicuba, pasti tidak gagal kerana gagal hanya untuk mereka yang tidak mencuba. Bak kata bijak pandai; Kalau tak dicuba mana dasarnya, manakan tau dalamnya lautan.
Setidak-tidaknya, setelah dicuba, maka bakal bertambah satu lagi jenis tudung di dalam koleksi fesyen tudung muslimah.Wujudnya blog tudung ni juga merupakan percubaan dalam menilai tahap persaingan bisnes tudung online. Walaupun belum ada jenis tudung yang dijenamakan khas dari blog ini, penantian tersebut bakal berakhir di suatu masa nanti.
Semoga tudung pearl diamond akan terus popular dan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari tudung moden ekslusif sama ada di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan negara-negara lain di dunia.
Salam kejayaan
Roseanne Erina Abdullah
Tudung Pearl Diamond
Tiada ulasan:
Catat Ulasan