Produk terbaru berkaitan tudung yang sedang 'hype' ketika ini ialah syampu tudung. Pelik bunyinya kan? Mesti ramai yang ada persoalan pasal produk ni.
Pada saya,nama produk ni sendiri cukup 'catchy'.Cukup untuk menarik minat muslimah bertudung dan orang ramai untuk ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Andaian saya, mungkin (saya katakan 'mungkin') nama asalnya 'syampu untuk muslimah bertudung' tapi memandangkan nama tersebut terlalu panjang untuk dijadikan label, maka ia dipendekkan menjadi syampu tudung.
Logik kan?
Jadi,apa bezanya syampu ni dengan syampu-syampu lain yang ada di pasaran?
Terdapat juga jenama syampu lain yang secara klisenya dikhususkan untuk muslimah bertudung. Pasti anda pernah menonton iklan awek tudung ni bermain futsal menggantikan boiprennya yang tercedera.
(Awek ni dapat score gol lagi tu).
Memang iklan ni,secara tak langsung,memalukan kaum adam yang begitu
dominan dalam arena futsal.:-)
Tapi, apa kaitannya kehebatan syampu tu dengan menjaringkan gol ketika main futsal?
Kena la tanya art director iklan tersebut untuk memperjelaskannya.
Mungkin mesej iklan tersebut agak terlindung tapi adakah konsep iklan syampu tersebut berjaya menyampaikan mesejnya kepada penonton?
Sehingga kini,saya belum nampak mana-mana agensi atau syarikat mempertikaikan iklan tersebut sebagai kurang bersesuaian dengan perwatakan seorang gadis bertudung.
Mungkin jugakah iklan tersebut cuba memberitahu bahawa muslimah bertudung juga boleh bermain futsal dan menjaringkan gol ala-ala gaya ronaldinho?
Andalah penilai yang terbaik.
Berbalik kepada produk 'syampu tudung', bila difahami istilah tersebut secara terus, syampu ni bunyinya seperti syampu untuk kain tudung dan bukan untuk pemakai tudung,betul kan?
Adakah ini sebenarnya bahan atau cecair untuk penjagaan tudung?
Saya mungkin silap tapi begitulah cara saya memahaminya.
Malangnya, tidak ada satu pengeluar jenis tudung pun sama ada tudung ariani,tudung dubai atau tudung pearl haya mencadangkan penggunaan syampu tudung ini untuk penjagaan tudung mereka.
Saya tidaklah berniat memeningkan kepala mana-mana pihak berkaitan syampu tudung ini kerana saya hanya mencari justifikasi kenapa istilah tersebut digunakan sedangkan ianya tidak menggambarkan
secara langsung berkenaan tujuan produk tersebut.
Tidak dinafikan,ramai muslimah bertudung tercari-cari produk penjagaan rambut yang paling sesuai untuk mereka memandangkan pemakaian tudung memerlukan cara penjagaan rambut yang paling rapi bagi mengelakkan rambut mengalami apa jua masalah.Setelah meneliti penerangan produk itu sendiri,barulah saya mendapat gambaran jelas apakah sebenarnya produk ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil carian saya di google untuk informasi syampu tudung ni, saya dipertemukan dengan kenyataan berikut:
'Kini anda dengan penuh yakin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada
masalah migraine, rambut gugur, kelemumur, rambut berminyak, kegatalan
dan rambut berbau di samping dapat merasai kesegarannya sepanjang hari….'
Terdetik pula persoalan seperti berikut di minda saya:
"adakah dengan memakai tudung yang menyebabkan permasalahan rambut seperti
yang disebutkan?"
"bukankah masalah penjagaan rambut tersebut juga dialami oleh wanita yang
tidak bertudung, jadi apakah keistimewaan syampu tudung ini berbanding
syampu jenama lain yang begitu banyak di pasaran?"
"mengapakah promosi syampu ini tidak aktif menggunakan promosi di media
tv, adakah promosinya hanya ditumpukan di internet?"
Pembacaan saya selanjutnya (dari satu pautan ke pautan lain) mendapati
terdapat juga tawaran menjadi jutawan dengan menjadi pengedar syampu tudung ini.oops,inikah yang terselindung di sebalik promosi syampu tudung ini di internet?
Iaitu mencari dan menawarkan peluang untuk jadi jutawan dengan syampu tudung?
Hmm,begitu berevolusinya perniagaan internet ketika ini kerana setiap
produk boleh dijual secara multi level marketing (mlm).Menakjubkan!
Akan tetapi, izinkan saya menyatakan kelemahan yang terlihat dengan produk ini, antaranya,kurangnya penjelasan lanjut berkenaan 'cecair karbon' yang diuar-uarkan yang terdapat di dalam produk ini.
Apakah sumber asli cecair ini?
Adakah ianya bahan kimia sintetik?
Dalam produk lain apakah ianya biasa digunakan?
Adakah sebarang kesan sampingan bila ia digunakan secara kerap pada rambut?
Persoalan saya yang berbunyi skeptikal dengan produk ini bukanlah berniat menafikan ciri-ciri kebaikan syampu ini tetapi sekadar mahu penjelasan yang lebih baik. Saya juga yakin yang pengguna sedia ada dan bakal pengguna juga begitu memerlukan maklumat tersebut.
Manalah tau,bila kefahaman terbaik dapat diperjelaskan,rekod jualan syampu tudung ini bakal melonjak-lonjak dan melonjak lagi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Diharapkan pihak pengeluar dan penjual semula (reseller) syampu tudung berpandangan positif dengan feedback ini kerana semua maklumat yang diminta seperti di atas adalah nilai tambah kepada peningkatan jualan anda.
Bagi saya, penjagaan rambut dan pemakaian tudung adalah dua isu yang cukup nyata berbeza. Pemakaian tudung adalah anjuran syariat Islam untuk para muslimah menutupi aurat manakala penjagaan rambut adalah isu kebersihan secara umum.
Dalam perkiraan saya, tidak wajar rasanya mengaitkan secara langsung masalah rambut dengan pemakaian tudung. Dibimbangi nanti, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menyatakan bahawa memakai tudung boleh menyebabkan masalah rambut gugur,rambut berbau,rambut berkelemumur,rambut berminyak dan migraine (?), betul kan?
Kesimpulannya, produk ini memerlukan penjelasan tambahan. Post ini tiada niat yang kurang baik melainkan memberikan promosi percuma kepada syampu tudung ini. Fikirkanlah, untuk bersaing dengan syampu jenama antarabangsa dan terkenal yang telah begitu lama mendominasi industri penjagaan rambut, syampu tudung memerlukan lebih daripada sekadar nama yang catchy dan menarik. Saya yakin syampu tudung mampu meraih populariti jika maklumat asas diberikan dengan lengkap. Tambahkanlah nilai produk ini dengan hasil ujian klinikal yang praktikal. Percayalah, saya sendiri sanggup mempromosikan (lagi) syampu tudung ini secara lebih agresif jika saya memahaminya dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan