Koleksi fesyen tudung muslimah Aida Khalida

Satu lagi jenama tudung yang begitu 'hype' untuk koleksi fesyen tudung muslimah iaitu tudung aida khalida telah diperkenalkan baru baru ini. Ini memang jenama tudung yang dimiliki oleh seorang artis, bukan sekadar jenis fesyen tudung moden yang digayakan oleh para artis seperti tudung ekin dan tudung waheeda.

Fesyen tudung terbaru ini memang cukup 'hype' kerana ia diusahakan oleh seorang pelakon wanita terkenal dan majlis perasmian butiknya yang gilang gemilang. Bak kata Orang Inggeris, cukup 'grand'. Itu pastinya sebahagian teknik pemasarannya.

Jadi, di mana boleh membeli fesyen tudung terbaru ni?
Buat ketika ini, koleksi tudung aida khalida ini boleh diperolehi dari Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya. Andai anda berkesempatan dan kebetulan berada di lokasi berdekatan, rajin-rajinlah menjengok ke butik Aida Khalida ini.

Sekeping gambar menggambarkan seribu perkataan. Gambar muslimah bertudung di atas menggambarkan semangat seorang usahanita yang cekal. Beliau adalah pemilik jenama tudung aida khalida. Kredit kepada Galeri Muslimah Sdn.Bhd.

Apa kelebihan yang ada pada tudung aida khalida? Mampukah jenama tudung ini menyaingi jenama jenama yang telah lebih dulu mendominasi pasaran seperti tudung ekin, tudung fareeda mahupun tudung pearlhaya?

Mengikut maklumat dari sumber yang ada, terdapat sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar. Ok, menarik tu boleh diterima akal tapi segar? Segar dirujuk kepada rekaan? Bagaimana tu? Adakah maksudnya bila memakai akan terasa kesegaran seperti lepas bersyampu sepanjang masa atau setidaknya, kesegaran seperti selepas bangkit dari tidur yang berkualiti?
Jika begitu, adakah mahu mengatakan rekaan tudung semasa dari jenama lain sedang layu dan tidak cukup segar? Harapnya bukan itu yang dimaksudkan.

Antara model-model rekaan di bawah jenama aida khalida ini termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia. Mungkin nama nama itu merujuk kepada rekabentuknya, atau mungkin coraknya. Tiada maklumat jitu kerana review khas belum diterima dan belum dapat disediakan kerana tudung ini boleh dikatakan baru memasuki pasaran dan jumlah maklum balas adalah terhad. Semoga pencinta fesyen tudung moden dan pengguna tudung ini dapat memberikan review sebaiknya bagi membantu mereka yang mencari maklumat lanjut berkenaan tudung aida khalida ini. Daripada review nanti, barulah boleh diketahui apakah warna warna yang ditawarkan oleh koleksi tudung aida khalida ini, berapakah ukuran panjang tudung ini, cara penjagaan tudung aida khalida dan pelbagai persoalan lain dapat dirungkai.

Dari segi harga pula, koleksi tudung aida khalida terjual dengan harga sekitar RM50-RM190. Mungkin tumpuan lebih kepada golongan muslimah bertudung berkarier kerana harga RM190 untuk sehelai tudung adalah agak tinggi bagi golongan muslimah berpendapatan rendah. Daripada sudut lain, tudung aida khalida juga dilihat ditujukan khusus kepada muslimah yang mengutamakan trend tudung terkini. Ini dapat dilihat daripada gaya tudung itu digayakan oleh model tudung terpilih.

Jadi, apa lagi koleksi fesyen tudung moden untuk tahun 2011 yang boleh kita jangkakan?
Akan muncul lagikah jenama jenama tudung lain yang dijenamakan oleh artis?
Adakah penjenamaan tudung oleh artis bakal menjadi trend untuk fesyen tudung 2011?
Semua persoalan itu masih tergantung kerana 2011 hanya baru melepasi bulan keduanya.
Kita tunggu dan lihat.

2 ulasan:

joey berkata...

Alhamdullilah ,t.kasih...satu review yg baik .
Galeri Muslimah skrg tgh sibuk mengusulkan Identiti pengeluar dan pencipta tudung dimana rata2 banyak rekaan baru di curi dan mengaku hak mereka ...sedih pd golongan ni..
Hubungi saya di
aidakhalidagm@gmail.com

-Galeri Muslimah Sdn.Bhd.

koleksifesyentudungmuslimah berkata...

Joey,

Bersabarlah dengan ujian dalam perniagaan.

Persaingan tidak sihat dengan mencuri idea orang lain tidak akan memajukan perniagaan si peniru itu.Usul yang baik dengan mewujudkan tag identiti pengeluar dan pencipta tudung.

Teruskan usaha anda.

Selamat maju jaya.